NEW DELHI – Lima ahli keluarga, membabitkan empat kanak-kanak dan ibu mereka, ditemui mati di dalam sebuah hotel di negeri Uttar Pradesh di utara India pada Rabu, polis tempatan mengesahkan.
Insiden itu berlaku di ibu negeri Lucknow. Kanak-kanak yang maut itu termasuk dua remaja bawah umur berusia 9 dan 16 tahun.
Menurut polis, seorang abang kepada kanak-kanak yang mati itu telah ditangkap. Dia didakwa memotong pergelangan tangan si mati untuk membunuh mereka berikutan pertelingkahan keluarga.
Keluarga itu dari bandar Agra, sekitar 350 km dari Lucknow, dan mendaftar masuk ke hotel pada Isnin.
XINHUA