COLOMBO — Sebuah bas membawa sekumpulan pelancong asing berlanggar dengan sebuah lori simen di Lebuhraya Selatan Sri Lanka pada pagi Jumaat, membunuh pemandu bas itu dan mencederakan kira-kira 19 pelancong, menurut polis tempatan.
Jurucakap polis K B Manathunga berkata, nahas berlaku antara Beliatta dan Aparekka di Wilayah Selatan, apabila bas yang bergerak laju itu merempuh bahagian belakang trak.
Pelancong yang cedera dibawa ke hospital serantau untuk rawatan. Dilaporkan kira-kira 30 pelancong berada di dalam bas ketika kemalangan itu.
XINHUA