BERLIN – Dua lelaki ditembak mati dan seorang cedera pada petang Selasa di sebuah syarikat di pekan Bad Friedrichshall, barat daya Jerman, kata polis tempatan dalam satu kenyataan.
Operasi besar polis sedang dijalankan di Bad Friedrichshar kerana pelaku melarikan diri.
Menurut akhbar tempatan, polis telah mengerahkan sebuah helikopter untuk mencari penembak terbabit, yang dilaporkan memasuki firma itu sekitar jam 5:45 petang (0445 GMT) memakai topeng dan melepaskan tembakan di sana.
XINHUA