Festival Penulis dan Pembaca rai sastera pelbagai bahasa

Festival Penulis dan Pembaca rai sastera pelbagai bahasa

Suruhanjaya Kesusasteraan, Penerbitan & Terjemahan Saudi melancarkan edisi pertama Festival Penulis dan Pembaca di bawah slogan “Nilai Sastera dari Arab Saudi kepada Dunia.”

Festival itu berlangsung dari 23 Feb hingga 11 Mac, dan diadakan di lima lokasi — Dammam Corniche, Alkhobar Corniche, Qatif Corniche, Dhahran Expo dan King Abdulaziz Centre for World Culture, Ithra.

Mohammed Hassan Alwan, Ketua Pegawai Eksekutif suruhanjaya itu berkata, Festival Penulis dan Pembaca bertujuan untuk menjadi festival pertama di rantau ini yang meraikan sastera dalam pelbagai bahasa dari Timur hingga Barat.

Beliau menambah bahawa festival itu akan memperkayakan pemandangan budaya Arab Saudi dan antarabangsa melalui berpuluh-puluh acara.

Tambah Alwan, rakyat di rantau ini akan dirapatkan lagi melalui nilai, etika, kebijaksanaan dan ilmu yang dipamerkan dalam pelbagai bidang pada festival itu.

Sumber – AN