Tag: jelebu

  • Mengoca, wadah komuniti bersatu

    Mengoca, wadah komuniti bersatu
    Peserta menunjukkan ikan yang ditangkap pada Pesta Mengoca Hari Malaysia yang diadakan di Kampung Esok, Jelebu hari ini

    JELEBU — Bermandi lumpur sambil menangkap beratus ikan darat termasuk keli dan leekoh menjadi wadah lebih 300 penduduk sekitar Chennah di sini mengeratkan perhubungan.

    Penduduk tujuh kampung di situ berkumpul di kolam ternakan udang di Kampung Esok hari ini, mengambil bahagian dalam Pesta Mengoca yang diadakan sempena Hari Malaysia.

    Pengerusi Persatuan Belia Berlian Chennah, Muhammad Khairol Izwan Yasin, berkata penduduk berbilang kaum termasuk Orang Asli di kawasan itu sangat meminati aktiviti mengoca, justeru program itu diadakan untuk merapatkan hubungan masyarakat.

    Sementara itu Ketua Daerah Perikanan Jelebu, Mohd Azhar Jusoh, berkata 100 leekoh dan 300 keli yang disumbangkan penternak sekitar Jelebu dilepaskan ke kolam itu.

    “Peserta hanya dibenarkan mengguna sauk dan besen berlubang sahaja untuk menangkap ikan dan pelbagai hadiah disediakan kepada peserta,” katanya.

    Salah seorang peserta, Siti Noratikah Mohd Johor, 27, berkata, dia terhibur menemani ahli keluarganya yang menyertai pesta mengoca selain melihat gelagat peserta yang riuh rendah ketika menangkap ikan.

    BH ONLINE