4 maut dalam nahas helikopter di Türkiye: media

ISTANBUL – Empat orang maut apabila sebuah helikopter ambulans udara terhempas selepas berlanggar dengan bangunan hospital di wilayah Aegean Türkiye di Mugla pada Ahad.

Helikopter milik kementerian kesihatan itu hilang kawalan akibat kabus tebal sebelum berlanggar dengan bangunan hospital negeri itu, lapor penyiar NTV.

Di dalam helikopter itu ialah seorang juruterbang, seorang kakitangan teknikal, seorang doktor, dan seorang pekerja penjagaan kesihatan. Laporan awal menunjukkan keempat-empat terbunuh, kata laporan itu.

Kemalangan itu berlaku semasa berlepas, kata Gabenor Mugla Idris Akbiyik.

XINHUA