Putin ikrar lebih banyak ‘kemusnahan’ ke atas Ukraine selepas serangan dron ke atas Kazan Rusia

MOSCOW – Presiden Rusia Vladimir Putin pada Ahad berikrar untuk membawa lebih banyak “kemusnahan” kepada Ukraine sebagai tindakan balas terhadap serangan dron ke atas blok pangsapuri bertingkat tinggi di bandar Kazan di tengah Rusia sehari sebelumnya.

“Sesiapa sahaja, dan walau sebanyak mana pun mereka cuba untuk memusnahkan, mereka sendiri akan menghadapi lebih banyak lagi kemusnahan dan akan menyesali apa yang mereka cuba lakukan di negara kita,” kata Putin dalam komen mengenai serangan ke atas Kazan – yang tidak menyebabkan kemalangan jiwa – semasa mesyuarat kerajaan disiarkan melalui televisyen.

AN-AFP