12 mayat ditemui selepas lombong jed runtuh di utara Myanmar

YANGON — Dua belas mayat ditemui selepas lombong jed runtuh di negeri Kachin, utara Myanmar, kata pegawai polis pada Isnin.

Kemalangan maut itu berlaku kira-kira jam 1:30 pagi Isnin di kampung Sapaut, kawasan kampung Seikmu di perbandaran Hpakant, negeri Kachin, katanya.

Sehingga petang Isnin, 12 mayat telah ditemui dan lebih 50 rumah tertimbus di bawah tanah akibat kemalangan itu, kata pegawai polis itu.

Dia berkata jumlah sebenar mangsa masih belum diketahui.

Usaha menyelamat sedang dijalankan, katanya.

XINHUA