NEW DELHI — Sekurang-kurangnya lapan orang, membabitkan seorang wanita dan tujuh lelaki, maut dan 19 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya antara bas persendirian dan lori tangki air di lebuh raya di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Jumaat, polis kanan mengesahkan melalui telefon.
Kemalangan itu berlaku di daerah Kannauj di lebuh raya yang menghubungkan ibu kota Uttar Pradesh, Lucknow dan Delhi.
Bas penumpang itu dari Lucknow menuju ke ibu negara, apabila ia merempuh lori tangki air dari belakang dan terbalik, mengakibatkan korban jiwa. Beberapa penumpang terperangkap di bawah bas, kata polis.
Menurutnya, mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital tempatan. Punca kemalangan belum dapat diketahui.
XINHUA