Kanak-kanak ditembak, maut akibat tembakan tentera Israel dekat Jenin

JENIN, 23 April – Seorang budak lelaki Palestin berusia dua belas tahun terbunuh selepas ditembak oleh tentera Israel di pekan Yamoun di barat Jenin, di utara Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu mengenal pasti mangsa sebagai Mahmoud Mithqal Ali Abu al-Haijja, 12 tahun, yang meninggal dunia akibat kecederaan kritikal dialaminya selepas terkena peluru hidup tentera Israel.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) melaporkan, krunya mengangkut kanak-kanak itu, yang mengalami luka tembakan maut di pipi dan perut, dari Pusat Perubatan al-Hadaf di Yamoun ke Hospital Kerajaan Jenin.

WAFA