Amin bercita-cita jadi doktor

Amin bercita-cita jadi doktor

Dalam salah satu hari yang paling sejuk, seorang budak lelaki berusia 10 tahun sibuk menggilap kasut di salah satu pinggir jalan bandar Kabul. Dia suka pergi ke sekolah dan ingin menjadi doktor pada masa depan.

Membungkus dirinya dengan pakaian kerana kesejukan, budak itu ialah Mohammad Amin. Dia mempunyai lapan ahli keluarga dan berasal dari daerah Kashanda di wilayah Balkh.

Keluarga Amin berhijrah ke Kabul dari Balkh kerana masalah ekonomi lima tahun lalu dan kini tinggal di sebuah rumah lama di salah satu bukit Kabul.

Dia bekerja dekat dengan Kementerian Pendidikan untuk membantu bapanya menanggung beban hidup.

Akibat kesempitan ekonomi, Amin tidak dapat pergi ke sekolah dan memberitahu Pajhwok Afghan News bahawa dia ingin pergi ke sekolah dan menjadi seorang doktor pada masa akan datang.

Katanya, dia pergi kerja pada pukul 7 pagi dan pulang ke rumah selepas solat Maghrib bersama kakaknya — dia membersihkan cermin kenderaan.

Dia gembira dengan cara orang melayannya dan menambah kadang-kadang orang memberinya wang tanpa menggilap kasut.

Amin berasa sejuk kerana pakaiannya tidak sesuai. Tambahnya, dia juga bermimpi untuk menghantar ibu bapanya menunaikan haji.

Menurutnya, setiap hari dia bekerja dan memperoleh sehingga 200 Afghani (RM9.60) dan membelanjakan wangnya untuk menampung keluarganya.

Dia berkata semasa musim sejuk dan cuaca sejuk dia menghadapi banyak masalah — kerana kekangan kewangan dia mengembara dari Balkh ke Kabul.

Bibizad, kakak kepada Amin berkata bapanya mempunyai kereta tangan (kereta tolak atau tarik) dan memberi sewa 1,500 Afghani (RM72).

Dia juga ingin pergi ke sekolah dengan abangnya dan berkhidmat kepada orang ramai dan keluarganya pada masa akan datang.

Dia meminta kerajaan dan agensi pemberi bantuan membantu ahli keluarganya dalam keadaan sukar.

Sorya Yousufi, seorang aktivis masyarakat sivil, berkata sesiapa berumur kurang daripada 18 tahun adalah kanak-kanak dan kerja keras untuk kanak-kanak menghalang kesejahteraan fizikal dan mental mereka. Di samping itu, ia menghalang kanak-kanak daripada mendapat pendidikan juga.

“Disebabkan krisis kemanusiaan, bilangan buruh kanak-kanak meningkat dan hak mereka dicabuli,” katanya.

Dia meminta kerajaan memberi perhatian kepada kanak-kanak ini kerana mereka aset negara dan memberikan mereka semua hak yang dicabul.

Abdul Jalil Amarkhel, salah seorang ahli psikologi, berkata menghantar kanak-kanak ke jalan raya dan jalanan untuk bekerja akan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental mereka.

Dia berkata: “Kanak-kanak yang bekerja di jalanan kurang kasih sayang ibu bapa dan satu-satunya perkara yang mereka lihat ialah penghinaan dan (berasa) terhina kerana mereka belum berkembang dari segi mental dan psikologi. Apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dimalukan oleh majikan.”

Amrakhel percaya kanak-kanak ini tidak akan dapat berinteraksi dengan mana-mana orang pada masa hadapan.

Tetapi kerajaan sering menegaskan komitmennya untuk menyokong kanak-kanak jalanan dan kanak-kanak tanpa ibu bapa dan berjanji untuk memberikan hak mereka.

Adalah wajar untuk menyebut bahawa ini bukan sahaja Amin tetapi terdapat beribu-ribu kanak-kanak yang mengalami masalah sama.

SUMBER Pajhwok