ANTANANARIVO – Angka kematian akibat hujan lebat melanda Madagascar sejak 14 Feb lalu meningkat kepada 11, menurut laporan terkini Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Negara (BNGRC) dikeluarkan pada Khamis.
Lima wilayah di negara pulau Lautan Hindi itu terjejas teruk, termasuk ibu negara Antananarivo dan kawasan sekitarnya. Tujuh daripada mangsa berada di dalam dan sekitar Antananarivo, manakala empat lagi di bahagian tenggara negara itu.
Hujan lebat dan banjir susulan telah menjejaskan lebih 16,000 orang, atau 4,260 isi rumah, terutama di kawasan tanah tinggi tengah dan tenggara negara. Akibatnya, lebih 9,000 orang terpaksa dipindahkan ke tapak penginapan sementara.
BNGRC turut melahirkan rasa kesal terhadap 3,000 rumah yang dinaiki air, 13 daripadanya musnah.
Kelas telah digantung di wilayah sekitar Antananarivo sejak Isnin dan akan diteruskan sepanjang minggu.
Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk supaya sentiasa berwaspada sekiranya cuaca buruk berterusan dalam beberapa hari akan datang.
XINHUA