
DUBAI — Dubai dinobatkan sebagai destinasi global No 1 dalam Anugerah Pilihan Pengembara Tripadviser bagi tahun kedua berturut-turut, demikian menurut laporan Arab News.
Penghargaan itu, memperkukuhkan kedudukan bandar UAE sebagai destinasi pelancongan kegemaran dunia dan pelan pembaharuan Agenda Ekonomi Dubai D33 dilancarkan baru-baru ini.
Kedudukan antarabangsa itu diumumkan oleh Tripadviser, platform panduan perjalanan terbesar di dunia, pada acara tahunannya Anugerah Destinasi Terbaik Pilihan Pengembara 2023.
Menurut laporan itu, pemenang dipilih oleh berjuta-juta pengembara dari seluruh dunia, yang memberikan ulasan atau pendapat mereka mengenai destinasi, aktiviti dan pengalaman.