Letupan kuat gegar kawasan pantai di Latakia Syria, punca tidak diketahui: pemantau perang

DAMSYIK – Satu letupan kuat menggegarkan kawasan al-Mina al-Bayda di kawasan luar bandar Latakia Syria pada Jumaat, lapor pemantau perang Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain.

Ambulans bergegas ke tempat kejadian berikutan letupan itu. Tiada laporan rasmi segera mengenai mangsa atau kerosakan. Punca dan sumber letupan masih tidak diketahui.

Kawasan al-Mina al-Bayda telah menjadi sasaran serangan udara Israel sebanyak dua kali sejak kejatuhan bekas Presiden Syria Bashar al-Assad.

XINHUA