Masalah sebab kurang doktor wanita

Masalah sebab kurang doktor wanita

HERAT — Sesetengah wanita di wilayah Herat barat mengadu mengenai kekurangan doktor wanita dan kemudahan kesihatan di Hospital Zonal, sekali gus menghadapi masalah serius.

Seorang pelawat dikenali sebagai Samia berkata, saudara-maranya kadang-kadang dimasukkan ke hospital tetapi tiada doktor wanita dan kemudahan kesihatan yang sedikit memaksa mereka memindahkan pesakit ke hospital swasta bagi rawatan lebih baik.

Menurutnya, 90 peratus mereka yang merujuk kepada hospital adalah orang miskin, sambil menambah kekurangan kemudahan dan kekurangan doktor wanita memaksa mereka memindahkan pesakit mereka ke pusat kesihatan swasta.

Katanya, pesakit wanita sangat memerlukan doktor wanita dan ada beberapa perkara yang tidak dapat dijelaskan kepada doktor lelaki.

Hospital Zonal Herat yang menyediakan kemudahan kesihatan ke seluruh zon barat mempunyai 650 katil untuk lelaki dan wanita.

Seorang pesakit dikenali sebagai Torpaikai, memberitahu Pajhwok Afghan News, dia telah diperiksa di hospital tetapi ujian perubatan dijalankan di luar hospital.

Dia berkata, keadaan ekonominya tidak baik, sambil menambah bahawa dia tidak akan pernah merujuk ke Hospital Zonal jika keadaan ekonominya lebih baik.

Dr Imamuddin Mahmoodi, salah seorang doktor pakar hospital itu berkata, kekurangan kemudahan perubatan di dalam negara menyebabkan ramai pesakit terpaksa pergi ke luar negara untuk mendapatkan rawatan.

Pengarah Hospital, Dr Mohammad Arif Jalali, berkata 30 peratus daripada jumlah kakitangan perubatan adalah wanita dan kapasiti hospital itu akan ditingkatkan daripada 650 kepada 1,000 katil dalam masa terdekat.

Katanya, lebih banyak jawatan dipertimbangkan untuk kakitangan wanita di hospital.

Beliau berkata, baru-baru ini beberapa jawatan baharu telah diumumkan dan peperiksaan bagi jawatan itu telah dilakukan bagi menangani isu pesakit yang semakin meningkat.

Beliau memberi jaminan lebih banyak jawatan kosong juga akan diumumkan tidak lama lagi untuk melengkapkan kuasa manusia hospital itu.

Menurutnya, penyediaan kemudahan perubatan dan sumber untuk hospital itu adalah keutamaannya yang akan ditangani dengan penyelarasan pihak berkuasa berkaitan.

Penduduk Herat percaya kerajaan perlu segera menangani isu kekurangan kakitangan wanita di hospital.

Hospital Zonal Herat adalah salah satu kemudahan perubatan terbesar di barat negara di mana pesakit dari wilayah Farah, Ghor dan Badghis juga datang untuk mendapatkan rawatan.

SUMBER Pajhwok