Musim sejuk yang teruk — mereka di Balkh bergelut untuk bertahan

Musim sejuk yang teruk — mereka di Balkh bergelut untuk bertahan

MAZAR-I-SHARIF — Merayu bantuan segera, mereka yang kehilangan tempat tinggal di wilayah Balkh utara sedang bergelut untuk bertahan kerana mendiami khemah musim panas pada musim sejuk yang teruk.

Menurut laporan Pajhwok Afghan News, keluarga yang dilanda kemiskinan ini berpindah dari wilayah berbeza ke wilayah Balkh kerana konflik masa lalu dan kini mereka menghadapi keadaan hidup yang mencabar di khemah mereka.

Seorang dikenali sebagai Amrullah dipetik berkata, dia telah berpindah tiga tahun lalu dari wilayah Faryab dan kini tinggal di kem Abu Dujana di bandar Mazar-i-Sharif.

Dia meminta kerajaan dan badan kebajikan membantu keluarganya kerana dia menganggur dan kesejukan mengancam nyawa ahli keluarganya.

Pajhwok melaporkan, menurut jabatan pelarian dan pemindahan, seramai 50,000 orang telah dipindahkan ke wilayah Balkh ketika peperangan di negara itu sebelum ini dan 20,000 daripada mereka telah kembali ke kawasan mereka.